Kota Pasuruan..episod 2



Bersama warga Madrasah Tsanawiyah Nurul Islam


Keberadaan kami di MTsN telah diketahui sekolah-sekolah di sekitar Kota Pasuruan, ada yang menjemput kami berkunjung ke sekolah mereka. Salah satu sekolah yang menjemput kami ialah Madarasah Tsanawiyah Nurul Islam. Mereka mengharapkan kami berkunjung ke sana untuk silatulrahin dan juga berkongsi tentang pendidikan di Malaysia. Kami dijemput dengan meriah sekali dengan iringan nasyid oleh anak-anak di sekolah itu. Walaupun pelajarnya tidak ramai dan sekolahnya tidak sebesar sekolah di Malaysia, namu semangat dan cita-cita mereka amat tinggi.

Kami amat Setelah hampir sebulan bersama anak-anak MTsN, pelbagai kenangan pahit dan manis dinukilkan. Sebulan yang diperuntukkan dirasakan sekejap apabila beraktiviti bersama anak-anak. Pada permulaannya, anak-anak merasa kekok untuk mendekati dan berborak dengan kami, tapi apabila sudah berminggu-minggu bersama, hubungan yang baru dibina dirasakan telah lama. Slot motivasi diselangi dengan aktiviti-aktiviti menghilangkan rasa kebosanan anak-anak. Mereka sangat senang dengan aktiviti yang dilakukan. Antara aktiviti yang dilakukan bersama anak-anak ialah gunting dalam lipatan, koran dihatiku, goreng pisang dan sebagainya. Walaupun aktiviti tersebut namapk simple, namun ianya memberi kesan yang mendalam kepada kami dan anak-anak. Dari situlah tercetusnya ukhuwah yang tidak dapat dilupakan, yang dibina berdasarkan kasih sayang antara 2 negara. Kami amat bersyukur kerana kehadiran kami disambut dengan senang oleh anak-anak. Ternyata anak-anak di sini amat ramah walaupun bahasa komunikasi antara kami berbeza. Yang amat mengkagumkan kami ialah budaya anak-anak di sini yang dilatih mengerjakan solat dhuha dan zohor secara berjemaah pada setiap hari. Budaya seperti ini perlu dijalankan di sekolah-sekolah di Malaysia terutamanya di sekolah-sekolah agama.





Di minggu- minggu yang terakhir kami di MTsN, pelbagai kenangan telah tercipta, kami bersama anak-anak rehlah di PSK dan juga Banyu Biru, Peluang yang ada tidak kami lepaskan bersama anak-anak. Keakraban lebih terasa setelah 2 hari berturut-turut beraktiviti bersama mereka. Makan bersama, gelak bersama .... betapa indahnya kenangan bersama mereka.



Rehlah di PSK



Rehlah di Banyu Biru

Kota Pasuruan..episod 2




Di minggu- minggu yang terakhir kami di MTsN, pelbagai kenangan telah tercipta, kami bersama anak-anak rehlah di PSK dan juga Banyu Biru, Peluang yang ada tidak kami lepaskan bersama anak-anak. Keakraban lebih terasa setelah 2 hari berturut-turut beraktiviti bersama mereka. Makan bersama, gelak bersama .... betapa indahnya kenangan bersama mereka.



Rehlah di PSK



Rehlah di Banyu Biru

Kota Pasuruan..episod 1

Hari ni sudah beberapa hari aku bersama Asiyah Yusra, Cik Ecah dan Ibnu Gafar di Kota Pasuruan, Surabaya ... hari-hari yang berlalu dirasakan lame. Pelbagai kisah suka duka yg kuperolehi di sini, hari pertama menjejakkan kaki di Kota Pasuruan membuatkan aku rindukan pada kampung halaman. Setibanya di Juanda Airport, segalanya mula berubah. Kami disambut oleh Pak Romzi n Pak Zainduddin. Pada mulanya aku bersama Asiyah Yusra, Cik Ecah dan Ibnu Gafar amat teruja bercampur gementar kerana memikirkan hari-hari yang mendatang. Suasana di sini tidak jauh berbeza dengan Malaysia, cume bahasa percakapannya kurang difahami kerana mereka menggunakan bahasa jawa dalam percakapan harian.



I

Kami tiba di Juanda Airport kira-kira jam 8.30 malam atau jam 9.30 malam waktu malaysia. Perjalanan dari Juanda Airport ke Kota Pasuruan mengambil mase lebih kurang 1 jam setengah, dalam perjalanan ke tempat penginapan kami singgah makan di salah sebuah kedai masakan padang. Menu kami pada malam itu ialah nasi padang. walaupun pertama kali menjamahnya kami cube untuk membiasakan diri dengan makanan di sini. Setelah selesai makan, kami meneruskan perjalanan ke tempat penginapan. Kami tiba di Kota Pasuruan kira-kira jam 11.30 malam. oleh kerana lewat sampai, kami menginap di pejabat Masjid Al-Kautsar. oleh kerana kepenatan, kami cepat melelapkan mata walaupun tidak biase di tempat baru. Keesokannya barulah kami bergerak ke kos(penginapan). Syukur kepada Allah kerana pemilik kos "Bu Lika" yg kami sewa pernah bekerja di Malaysia dan memahami bahasa Malaysia. Kami dilayan dengan baik sekali, bu lika kami anggap sebagai ibu. Makan minum kami dijaga dengan baik.





Hari kedua kami di sini, kami di bawa jalan-jalan ke alun-alun, pekan kecil di Kota Pasuruan. Kenangan yang tidak dapat dilupakan apabila kami berempat di bawa menaiki beca ke alun-alun. Perjalanan ke alun-alun mengambil mase lebih kurang 15 minit. Kami mengelilingi bandar Kota Pasuruan, setelah penat berjalan kami singgah minum di pinggir jalan, kami mencuba es degan atau di malaysia air kelapa. Rasenye same dengan air kelapa cume yang membezakannya adalah name, setelah itu kami pulang ke tempat penginapan.

Cemburu dengan sahabat-sahabat......

Sudah lama tidak mengupdate blog...kesibukan tugasan dan kesihatan yang tidak mengizinkan menghalang diriku untuk mengupdate blog...walaupun demikian, ku masih lagi ingin meluahkan sekelumit isi hatiku di sini di samping berkongsi ilmu-ilmu yang bermanfaat bersama sahabat-sahabat. Aku amat cemburu apabila melihat sahabat-sahabatku semuanya bz mengupdate blog asing-masing. semuanya mempunyai cerita dan idea yang tersendiri. Pelbagai cerita dapat kubaca di blog-blog mereka, ada yang sedih, gembira, lucu dan sebagainya. Di kesempatan ini, ku cuba untuk meluangkan masa untuk mengupdate blog yang sudah lame ditinggalkan tanpa pengisian. Di harap pada kali ini ku dapat meneruskan aktivitiku di blog ini, semoga sahabat-sahabat dapat ilmu yang bermanfaat dari blog ini.