Kami tiba di Juanda Airport kira-kira jam 8.30 malam atau jam 9.30 malam waktu malaysia. Perjalanan dari Juanda Airport ke Kota Pasuruan mengambil mase lebih kurang 1 jam setengah, dalam perjalanan ke tempat penginapan kami singgah makan di salah sebuah kedai masakan padang. Menu kami pada malam itu ialah nasi padang. walaupun pertama kali menjamahnya kami cube untuk membiasakan diri dengan makanan di sini. Setelah selesai makan, kami meneruskan perjalanan ke tempat penginapan. Kami tiba di Kota Pasuruan kira-kira jam 11.30 malam. oleh kerana lewat sampai, kami menginap di pejabat Masjid Al-Kautsar. oleh kerana kepenatan, kami cepat melelapkan mata walaupun tidak biase di tempat baru. Keesokannya barulah kami bergerak ke kos(penginapan). Syukur kepada Allah kerana pemilik kos "Bu Lika" yg kami sewa pernah bekerja di Malaysia dan memahami bahasa Malaysia. Kami dilayan dengan baik sekali, bu lika kami anggap sebagai ibu. Makan minum kami dijaga dengan baik.
Hari kedua kami di sini, kami di bawa jalan-jalan ke alun-alun, pekan kecil di Kota Pasuruan. Kenangan yang tidak dapat dilupakan apabila kami berempat di bawa menaiki beca ke alun-alun. Perjalanan ke alun-alun mengambil mase lebih kurang 15 minit. Kami mengelilingi bandar Kota Pasuruan, setelah penat berjalan kami singgah minum di pinggir jalan, kami mencuba es degan atau di malaysia air kelapa. Rasenye same dengan air kelapa cume yang membezakannya adalah name, setelah itu kami pulang ke tempat penginapan.
0 comments:
Post a Comment