NIKAH CONNECTING PEOPLE....

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

Assalamualaikum sahabat2, alhamdulillah kita masih dipanjangkan umur untuk sama-sama kita berkongsi ilmu di alam maya ini. Kali ni saya akan berkongsi idea tentang isu yang saya kira agak menarik untuk dikupas iaitu" Eh..betul ke dia nak kahwin? Agak-agak sahabat-sahabat tahu tak apa sebenarnya isu yang saya ingin kupas...kalau nak tahu jom kita sama-sama kongsi....

Kawan-kawan dh ramai yang kawen, hari demi hari makin banyak kad undangan perkahwinan yang ku terima. Kadang-kadang terfikir di benak fikiran, diriku bila lg??? Aku sendiri pun tak dapat menjawabnya. Namun alhamdulillah sahabat-sahabat telah membina masjid untuk menghalalkan sebuah perhubungan demi untuk mendapat keberkatan darinya.

Pada hari ini pelbagai kempen dijalankan untuk menangangi masalah gejala sosial seperti gejala buang bayi. Kempen JOM NIKAH dilancarkan bagi mengelakkan masalah sosial di kalangan remaja berlaku lebih teruk.





Namun pada hari ini, ada jugak segelintir masyarakat mempersoalkan tentang isu ini khususnya kepada pelajar di kalangan fakulti pengajian Islam...antara persoalannya..kenapa pelajar di kalangan fakulti pengajian Islam kahwin awal? belajar tak abis lagi dh gatal nak kawen...belajarlah sampai habis dulu... Pelik juga bila isu ini dibangkitkan, sedangkan ianya merupakan satu ibadah. Perkara yang baik dipertikaikan ,apakah motifnye?

Apa pandangan sahabat-sahabat tentang masyarakat yang mempertikaikan isu kahwin awal ini? adakah isu kahwin awal menjadi permasalahan kepada masyarakat? adakah ianya memberi kesan yang buruk kepada individu. Pada saya kahwin awal adalah satu langkah yang sangat bijak bagi mengelakkan berlakunya perkara menyalahi agama Islam.

Jika kita lihat pada hari ini banyak lagi isu lain yang perlu dititikberatkan oleh masyarakat pada hari ini antaranya isu keruntuhan akhlak, isu buang bayi, isu seksualiti merdeka, tapi kenapa isu kahwin awal dibesarkan. Pelik sungguh manusia, benda yang baik menjadi asing. Janganlah kita mempersoal atau menyekat perkara yang boleh memberi kebaikan kepada masyarakat.Sama-samalah kita menyokong perkara yang baik.

NIKAH CONNECTING PEOPLE