DiIntai MalaikaT mauT 360 Kali SeHarI

Seorang sahabat nabi bernama Amru bin Al-Ash telah memberitahu anak perempuannya tentang saat kematian yg dihadapinya, dimana ketika itu beliau terlalu hampir saat kematiannya.

‘Amru bin Al-‘Ash berkata : Sesungguhnya di akhir saat kematianku, terasa olehku bahawa ter seperti terbaring diatas sekeping kayu yang keras, dan aku dapati bahawa baki nafasku yang keluar masuk itu terlalu sukar, seolah-olah nafas itu tidak keluar dari rongga hidungku, sebaliknya keluar dari lubang jarum yang sempit. Serta aku merasai kesakitan bagaikan terdapat ranting berduri di dalam tubuhku, dimana ranting berduri itu ditarik dari kaki hingga kekepala dan diulang berkali-kali.

Kemudian Amru bin al-‘Ash pula sempat memberitahu anaknya tentang malaikat yang bertugas mencabut nyawa itu, tapak kakinya berada di langit, ketinggiannya tidak dapat diukur lagi, sebaliknya setinggi mana langit maka setinggi itu malaikat maut itu. Oleh itu, malaikat maut melihat dunia bagaikan sebesar nyiru, dan malaikat tersebut meneliti setiap penghuninya dengan sangat mudah.

Selain itu malaikat maut itu sentiasa menjenguk setiap manusia sebanyak 360 kali dalam sehari, sehingga malaikat maut itu sangat arif dan mengenali setiap insan. Kerana terlalu kenal itu menyebabkan tidak pernah berlaku kesilapan, seperti hendak mencabut nyawa seseorang tetapi tercabut nyawa seseorang yang lain pula.

Sayangnya manusia tidak menyedari bahawa wajahnya sentiasa diintai oleh malaikat maut sebanyak 360 kali sehari, bererti hampir setiap 3 minit malaikat maut menjengah wajah setiap penghuni dunia. Masing-masing menunggu giliran untuk menemui kematian. Mati yang sering dilupakan akan datang pada bila2 masa.

Oleh yang demikian sedarlah akan diri kita, hanya makhluk yang kerdiL.. sedarlah bahawa setiap saat Allah memerhatikan kita.. seringkali kita diintai oleh malaikat maut.. setiap amalan baik dan buruk tidak terlepas dari catatan malaikat-malaikat yang ditugaskan oleh ALLaH.. Janganlah beranggapan kita berseorangan ketika melakukan dosa, walau dalam gelap pekatnya malam, segala perbuatan kita pasti diperhatikan. dan jangan juga kita melakukan kebaikan kerana ingin dilihat orang, dan merasa rugi jika amalan kebaikan tidak diketahui orang, kerana Dia Maha Tahu.. Dia telah Menyaksikan apa yang kita lakukan. ^_^

0 comments:

Post a Comment