Kebangkitan Mahasiswa Pencetus Evolusi Baru...


Demam pilihanraya kampus masih lg terasa walaupun ianya telah berlalu beberapa hari yang lalu.Pilihanraya kali ini dilihat sebagai pencetus kebangkitan di kalangan mahasiswa terutamanya di kalangan tahun 1 dan di kalangan muslimah. Mahasiswa kini lebih berfikiran matang dan ke hadapan, mereka lebih barani untuk bersuara. Keadaan di kampus sudah tidak sama dengan tahun sebelum-sebelum ini yang mana bila tibanya musim pilihanraya kampus, mahasiswa-mahasiswa terutamanya tahun 1 diugut oleh pihak-pihak tertentu dengna tujuan untuk menakut mereka. Tindakan mereka ini dilihat tindakan yang tidak matang dan mencetuskan persepsi yang tidak baik terhadap pihak mereka. Mahasiswa tidak lagi takut dengan ugutan-ugutan dan ancaman dari pihak tersebut, malah dengan timbulnya ugutan-ugutan itulah , mereka lebih berani dan mara ke depan. Muslimin dan muslimat bertungkus-lumus menggerakkan jentera bagi menghadapi pilihanraya. Muslimat tidak lagi berada di belakang seperti sebelum ini, tetapi muslimat telah bergerak seiring dengan muslimin. Walaupun pada luarannya muslimat dikatakan lembut, namun di dalamnya terselit semangat perjuangan yang berkobar-kobar.

Kita perlu sedar bahawa sekarang ini kita bukan lg pelajar sekolah rendah atau sekolah menengah yang dikawal oleh pihak pengawas-pengawas sekolah serta warden-warden asrama, namun kita sekarang bergelar mahasiswa yang sudah pandai untuk berfikir dan memilih antara yang baik dengan yang buruk. Hanya golongan yang buta hati sahaja yang tidak mampu menilai baik buruk pihak sesuatu perkara. siapa lagi yang boleh perjuangkan hak kita sebagai mahasiswa jika bukan kita sendiri. Dalam hal ini, mahasiswa perlu sedar dan berfikir serta menilai diri sendiri apa yang telah kita buat untuk perjuangkan hak kita. Adakah kita hanya melihat hak kita sebagai mahasiswa dicabuli atau kita sendiri bengkit menentang pihak yang tidak bertanggungjawab mencabuli hak kita sebagai mahasiswa? "Tepuk Dada Tanya Iman". Namun demikian, dalam soal ini kita juga perlu menitikberatkan soal agama. Jika dilihat situasi pada pilihanraya, banyak perkara-perkara yang tidak sepatutnya berlaku. Sesetengah pihak mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya yang boleh menggugat pegangan akidah kita sebagai Islam. Saya memetik kaa-kata salah seorang mahasiswa menjelang pilihanraya baru-baru ini,"Kau tak payahlah sokong ...., mereka 2 Islam, kita ni kafir". Itulah kata-kata yang diungkapkan oleh salah seorang mahasiswa Melayu yang beragama Islam. Adakah patut kita sebagai Islam mengungapkan kata-kata sebegitu. Oleh kerana fanatik terhadap satu pihak, kata-kata yang tidak sepatutnya diungkapkan. Kepada pihak yang tersebut, muhasabahlah diri anda, fikikan balik apa yang telah diungkapkan.

Sedarlah bahawa kita seorang Islam dan kita berfikir dahulu sebelum bercakap. Ada juga sesetengah pihak yang cuba melaga-lagakan antara satu pihak dengan pihak tertentu serta membuat fitnah terhadap pihak-pihak lain. Namun demikian, segala tohmahan dan fitnah diharungi dengan tabah dan profesional. Perjuangan tetap diteruskan walaupun badai yang melanda. Perjuangan tidak akan terhenti sehingga tertegaknya kebenaran. Teruskan perjuangan wahai sahabat-sahabat.....Sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita...

0 comments:

Post a Comment