Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bila HaTi bErJuAnG kRn AlLaH dUgAAn i2 TmPt bErSiNgGaH, kEpErItAn dItElAn SbG jUaDaH, kEjAyAaN dIaNgGaP sBg MiMpI iNdAh, SmG AlLaH BeRiKaN kEkUaTaN uTkKu TeRuSkAn pErjUaNgAn..
Pelayaran
kita belayar
dengan iman dan keyakinan
kerana hidup adalah hukuman
di atas lautan.
kita tempuhi ombak kepalang
dan radang angin songsang
dalam hujan
ketika menyeberangi lautan
yang sesekali mengganas dan menggelombang
dalam mencari unsur dan nilai pengabaian.
alangkah luasnya samudera Tuhan
seluas langit malam
kita pun belayar
dalam erti kehilangan
seperti seekor ikan.
sebenarnya pelayaran ini
telah diawasi
oleh seorang nabi
dengan kebenaran biru
ombak pagi
bagai pernah menyilani pelangi
memutih persisiran adat mati.
pun malam juga menciptakan
cinta syahdu di laut terbentang.
kami berdoa pada Tuhan
segenap kejujuran
agar bahtera kami
agar pelayaran kami
agar mimpi-mimpi kami
akan terselamat
menemui destinasi.
Copyright © 2009 فينا مجاهدة |Designed by Templatemo |BloggerTemplate Converted by BloggerThemes.Net | Digital Gupshup
0 comments:
Post a Comment