Kota Pasuruan..episod 2



Bersama warga Madrasah Tsanawiyah Nurul Islam


Keberadaan kami di MTsN telah diketahui sekolah-sekolah di sekitar Kota Pasuruan, ada yang menjemput kami berkunjung ke sekolah mereka. Salah satu sekolah yang menjemput kami ialah Madarasah Tsanawiyah Nurul Islam. Mereka mengharapkan kami berkunjung ke sana untuk silatulrahin dan juga berkongsi tentang pendidikan di Malaysia. Kami dijemput dengan meriah sekali dengan iringan nasyid oleh anak-anak di sekolah itu. Walaupun pelajarnya tidak ramai dan sekolahnya tidak sebesar sekolah di Malaysia, namu semangat dan cita-cita mereka amat tinggi.

Kami amat Setelah hampir sebulan bersama anak-anak MTsN, pelbagai kenangan pahit dan manis dinukilkan. Sebulan yang diperuntukkan dirasakan sekejap apabila beraktiviti bersama anak-anak. Pada permulaannya, anak-anak merasa kekok untuk mendekati dan berborak dengan kami, tapi apabila sudah berminggu-minggu bersama, hubungan yang baru dibina dirasakan telah lama. Slot motivasi diselangi dengan aktiviti-aktiviti menghilangkan rasa kebosanan anak-anak. Mereka sangat senang dengan aktiviti yang dilakukan. Antara aktiviti yang dilakukan bersama anak-anak ialah gunting dalam lipatan, koran dihatiku, goreng pisang dan sebagainya. Walaupun aktiviti tersebut namapk simple, namun ianya memberi kesan yang mendalam kepada kami dan anak-anak. Dari situlah tercetusnya ukhuwah yang tidak dapat dilupakan, yang dibina berdasarkan kasih sayang antara 2 negara. Kami amat bersyukur kerana kehadiran kami disambut dengan senang oleh anak-anak. Ternyata anak-anak di sini amat ramah walaupun bahasa komunikasi antara kami berbeza. Yang amat mengkagumkan kami ialah budaya anak-anak di sini yang dilatih mengerjakan solat dhuha dan zohor secara berjemaah pada setiap hari. Budaya seperti ini perlu dijalankan di sekolah-sekolah di Malaysia terutamanya di sekolah-sekolah agama.





Di minggu- minggu yang terakhir kami di MTsN, pelbagai kenangan telah tercipta, kami bersama anak-anak rehlah di PSK dan juga Banyu Biru, Peluang yang ada tidak kami lepaskan bersama anak-anak. Keakraban lebih terasa setelah 2 hari berturut-turut beraktiviti bersama mereka. Makan bersama, gelak bersama .... betapa indahnya kenangan bersama mereka.



Rehlah di PSK



Rehlah di Banyu Biru

0 comments:

Post a Comment