CINTA ALLAH VS CINTA MUKA BUKU..

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...


Kali ini saya akan berkongsi idea tentang tajuk cinta Allah vs cinta muka buku. Mungkin ada di kalangan sahabat yang tahu apa sebenarnya yang ingin saya kupas dan mungkin juga ada sahabat yang tertanya-tanya apakah sebenarnya yang saya ingin kongsikan di sisi.

Jika kita lihat pada hari ini, remaja, kanak-kanak, orang dewsa semuanya dibelenggu fenomena cinta muka buku atau dengan kata lain FB. Macam lagi yang dinyayikan oleh Najwa penyanyi remaja tu, Cinta Muka Buku. Fenomena ini seakan-akan sati virus yang merebak kepada semua. Mana taknya, semua peringkat umur ada Cinta Muka Buku. Namun ada pro dan contranya cinta muka buku ini.



Seperti yang kita tahu sekarang ini adalah musim peperiksaan bagi palajar-pelajar IPT. Namun jika diperhatikan ,exam tidak menghalang mereka dari terus melayari cinta muka buku. Ia ibarat bisikan syaitan, kalau sehari tak buka, memang gelisah. Ia seakan-akan memanggil-manggil untuk dibuka. Namun ada sesetengah di kalangan kita lalai..lalai melayari cinta muka buku sehingga lupa cinta kita kepada Allah, lupa tanggungjawab sebagai khalifah Allah.

Situasi yang realiti pada hari ini, cinta muka buku diutamakan dari cinta kepada Allah. Ramai di antara kita pada hari ini yang menghabiskan masa berjam-jam malah ada yang hampir separuh hari mengadap cinta muka buku, tapi amat sukar untuk kita dengar orang yang menghabiskan masa bertemu si pencipta berjam-jam lamanya.

Cinta muka buku vs cinta Allah
kerana cinta muka buku..
lkita lupa akan sang pencipta
kerana cinta muka buku..
lupa tanggungjawab kepada sang pencipta..
kerana cinta muka buku..
Lupa akan batas syariat..
kerana cinta muka buku
lupa bahawa Cinta Allah adalah segalanya..

Ada di kalangan kita yang melengah-lengahkan waktu solat semata-mata kerana cinta muka buku, azan berkumandang masih lagi asyik berchating. Untuk menghadap Allah Taala masa amat singkat, tapi jika meluangkan masa untuk cinta muka buku sanggup berjam-jam. Cinta muka buku juga kadang-kadang membuatkan kita lupa akan batas syariat, lupa akan hukum hakam...perbualan yang kurang bermanfaat, mendedahkan gambar-gambar peribadi di cinta muka buku dan banyak lagi perkara yang kita kadang-kadang tidak menyedarinya.

Mari sahabat-sahabat kita renungkan kembali.Cinta Allah vs Cinta muka buku, yang mana satukah yang akan membawa kita kepada kebahagian. Adakah cinta pada Allah yang lebih penting atau cinta muka buku yang lebih penting. Ingatlah tanggungjawab kita kepada kepada sang pencipta walaupun melayari cinta muka buku..

0 comments:

Post a Comment